Sunday, 4 September 2011
Tuesday, 9 August 2011
Kepura-puraan UMNO untuk Membela Islam ?
Akhbar Perdana Semalam melaporkan
BATU PAHAT 8 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.
Beliau berkata, akta itu amat perlu kerana masalah umat Islam murtad semakin berleluasa, malah usaha memesongkan akidah umat Islam itu seolah-olah bukan lagi menjadi suatu rahsia.
“Sebab itu, saya dari dulu lagi mencadangkan supaya diwujudkan atau kalau boleh supaya Akta Jenayah Akidah ini dibawa ke Parlimen untuk memastikan tidak ada usaha memurtadkan umat Islam di negara kita.
-----------------------------------------------------
Ini jawapan dari YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
| Abdul Aziz Mustafa | |||
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. "Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya. Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. "Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad. "Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu. "Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin. Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar. "Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad. "Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin. Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy. "Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya. Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam. |
Monday, 1 August 2011
Isu Blok L dan M : Bahagian 3
Tenggiri kita berenang ke Brunei
Terima kasih atas pelbagai respon positif untuk menentukan tindakan penggandaian 10,000 km persegi wilayah ekslusif economic zone Malaysia kepada Brunei adalah terbatal dan tidak sah.
Sokongan YB Kit saya sanjung tinggi. Begitu juga sokongan beberapa rakan dari Sabah dan penyokong biasa yang telah mendaftar di alamat gadailautmalaysia@gmail.com.
"The freedom from threats to national interest in, on, over and concerning the sea"
Demikian tertera kata pegangan Laman Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri! Hebat sekali!
Benar! Kita diancam dari 'laut'. Sekelip mata 10,000 km persegi wilayah kita melayang!
Dalam laman tersebut dipaparkan Peta Baru Malaysia 1979 dan Peta Sempadan Maritim Malaysia. Dengan jelasnya Blok L dan M mengikut peta rasmi Malaysia itu, ditandakan sebagai berada dalam sempadan negara.
Berikutan pemberian itu, kita mengalami kekurangan 10,000 km persegi kawasan laut dari keluasan asal Zon Ekslusif Ekonomi (Exclusive economic Zone) seluas 453,186.18 km2 atau 174,979.43 bn2.
Sultan Brunei dalam titah hari keputeraan baginda pada 15 Julai 2009 mengesahkan penyerahan itu;
"In a commitment to ensure the prosperity and security of the people, His Majesty together with former Malaysian premier Abdullah Ahmad Badawi signed Letters of Exchange on the demarcation of maritime boundaries with Malaysia.

His Majesty said that through this agreement, Brunei will have sovereignty on the continental shelf and 200 nautical miles of the exclusive economic zone (EEZ).
With this, Brunei will enjoy the benefits from the exploration of hydrocarbon and other maritime resources."
Pertemuan empat jam Pak Lah dengan Sultan Brunei berlangsung sehari sebelum tanda tangan diperturunkan dan kenyataan bersama media selepas majlis itu berlangsung menyebut seperti berikut;
"The solution of the maritime delimitation issue ensures certainly with regard to the delimitation of the territorial seas, the continental shelf and the Exclusive Economic Zone of both countries,"
Pada 21 Disember 1979, Peta Baru Malaysia 1979 yang terdiri daripada Syit 1 (Semenanjung Malaysia) dan Syit 2 (Sabah & Sarawak) dan menunjukkan kawasan Perairan Wilayah serta Pelantar Benua Malaysia telah diisytiharkan menerusi Pemberitahuan No. 5745.
Sewaktu berhujah di ICJ dalam isu Pulau Batu Putih, salah satu asas yang digunakan oleh Ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad ialah Peta Baru Malaysia 1979.
Pengubahan sempadan negara melalui pengubahan sempadan mana-mana negeri yang asalnya terdapat dalam Peta Baru Malaysia 1979, tidak syak lagi perlu melalui tiga proses iaitu;
a. Kelulusan DUN negeri terbabit
b. Kelulusan Majlis Raja-Raja
c. Kelulusan Parlimen, seperti tercatat dalam Perkara Dua Perlembagaan Negara;
Article 2
2. Parliament may by law -
● (a) admit other States to the Federation;
● (b) alter the boundaries of any State, but a law altering the boundaries of a State shall not be passed without the consent of that State (expressed by a law made by the Legislature of that State) and of the Conference of Rulers.
Ketiga-tiga proses fundamental ini tidak berlaku bagi penyerahan sempadan laut kita dengan nilai petroleum sekurang-kurangnya RM 340 Billion.
Jika telaga ini masih dalam milik Malaysia, Sabah sudah pasti akan menikmati paling kurang RM 17 billion royalti! Kini, nak berenang di laut itu saja orang Sabah perlukan pasport dan visa...., bersekali kekayaan laut yang lain - tenggiri, yu dan segala macam terlepas selama-lamanya sedangkan kita seharusnya ada pilihan penyelesaian yang lain.
Sunday, 31 July 2011
Isu Blok L dan M : Bahagian 2
Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang
PM sifatkan penyerahan sempadan bersama dua medan minyak Blok L (Lah?) dan M (Mahathir?) kepada Brunei sebagai win-win.
Rais Yatim selaku Menteri Luar, ketika mengulas gagalnya Malaysia di Mahkamah Antarabangsa dalam mempertahankan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dulu juga sebagai 'win-win'.
Najib pula selaku TPM waktu itu, ketika diminta mengulas kekalahan Malaysia itu menyebut: "Keputusan hari ini menunjukkan kita berjaya di dalam separuh daripada tuntutan kita, manakala separuh kita adalah gagal. Ada juga yang melihat keputusan hari ini sebagai 'win-win situation," katanya.
Kita menang separuh - gagal separuh! Ikut logik Najib kita kalah dan sedia menerima kekalahan itu sebagai win-win.
17 November 2008, Singapura pula telah menganugerahkan darjah negara tertinggi Singapura kepada pasukan mereka di ICJ - merayakan kejayaan yang dikira sangat penting dan strategik itu.
Chief Justice Chan Sek Keong; Tommy Koh, Ambassador-at-Large; and Justice Chao Hick Tin, Peguam Negara Singapura telah mendapat anugerah Darjah Utama Temasek, Darjah Utama Nila Utama, Darjah Utama Bakti Cemerlang . Semua anggota yang lain juga turut dikurniakan anugerah.
Pada 4 November 2008, ekoran kemenangan ke atas Batu Putih, Lee Kuan Yew ketika berucap di Singapore Energy Conference menyebut Singapura akan menambak perairan sekitar pulau itu dan akan mendirikan loji janakuasa nuklear. Begitulah kesan kalahnya tuntutan kita walaupun yang dipertikaikan hanya sebuah batu timbul yang kecil! Apa lagi sebuah kawasan laut yang luas.
Turut menganggotai pasukan Singapura ialah Timbalan Perdana Menteri mereka. Mereka serius dan bersungguh-sungguh dan tidak hairanlah mereka berjaya.
Kita cuai sejak ratusan tahun lalu lagi.
Satu dari sebab mengapa ICJ memberikan kemenangan kepada Singapura ialah surat dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1953 bahawa Johor tidak menuntut kedaulatan ke atas pulau itu. Sementara itu, peta Malaysia yang kita keluarkan sendiri antara tahun 1960an hingga 1970 an meletakkan pulau ini di luar wilayah Malaysia. Hanya pada tahun 1979, kita mengeluarkan peta baru untuk memasukan semula pulau batu putih.
Pada waktu British dan Singapura meneruskan pelbagai aktiviti mereka di pulau ini, Kerajaan Johor tidak mengambil sebarang langkah untuk menunjukkan pulau ini adalah milik kita atau membantah aktiviti-aktiviti itu.
Namun, dalam kes Pulau Batu Putih, kita berjuang sampai akhir walaupun keluasannya tak sampai sebesar padang bola dan tidak timbul akan berlaku sebarang bergolakan antara dua negara berjiran. Bahkan, selepas keputusan ICJ itu kedua negara bersetuju menghormati keputusan itu.
Dalam kes sempadan laut kita dengan Brunei, saya yakin ia tidak akan menganggu hubungan Malaysia - Brunei kiranya kita berjuang sampai muktamad menurut saluran sedia ada.
Jika kita katakan kita terpaksa mengikut kehendak UNCLOS 1982, mengapa sehingga 2003 kita masih menandatangani perjanjian pengeluaran minyak di kawasan ini dengan Murphy Oil? 19 tahun selepas UNCLOS?
Mengapa secara tiba-tiba kita merasakan kita tidak mempunyai hak yang sah ke atas kawasan ini? Apa dokumen dan temuan yang menunjukkan kita tidak lagi berhak ke atasnya?
Sanggupkah kerajaan mendedahkan dokumen itu untuk disemak oleh rakyat awam pada bila-bila masa?
Jika kerajaan mempunyai hujah yang kuat untuk menyokong keputusan yang merugikan itu, apa perlu bimbang untuk rakyat menelitinya? Sekurang-kurangnya ia dibentangkan di Parlimen dan sekarang, Dewan Negara masih bersidang dan kerajaan boleh berbuat demikian sekarang juga.
Tak bolehkah PM ke Dewan Negara dan jelaskan di situ?
Ketika kita menerima berita mengenai kekalahan kita ke atas Batu Putih dulu, anggota kerajaan sendiri menunjukkan reaksi kecewa yang berbagai-bagai. Ada yang cadangkan kita segera bangunkan Pulau Pisang sebelum Singapura menuntutnya pula di kemudian hari. Di Pulau milik Johor ini juga terdapat rumah api Singapura. MB Johor berjanji akan segera bangunkan Pulau Pisang sebagai destinasi eko pelancungan!
Hangat-hangat tahi ayam?
Utusan Malaysia pula pada 27 Mei 2008, beberapa hari selepas keputusan ICJ, telah menulis rencana khas bertajuk 'Pertahankan Wilayah'!
Apakah wilayah yang dimaksudkan itu hanyalah pulau-pulau kecil dan bukan sempadan laut yang luas?
Kita 'bergaduh' untuk mempertahankan pulau sebesar padang bola dan tidur lena ketika wilayah yang lebih luas terlepas bersekali dengan khazanahnya.
Lebih dahsyat lagi, sikap Menteri Luar kita ketika Pulau Batu Putih telah diputuskan menjadi milik Singapura, dalam satu interbiu beliau dengan seronoknya berkata;
Q: You described the ICJ judgment as a “win-win” situation for Malaysia and Singapore. But many criticised the way you deemed it as we lost the crux in contention – Batu Puteh.
"I still maintain my stand that we have half the victory, and half the failure. All are rocks anyway, there is no mempelam (mango) there, nothing, not even a blade of grass. But people like to rub it in. But let's face it. Malaysia did not lose all. Whoever says that, either he or she does not understand the international law result, or they are playing belukar politics."
Lihat! Sekadar batu - tak ada mempelam, tak ada rumput! Kita boleh lepaskan. Sekarang? 'All are sea waters anyway?'
Bagaimana pula dengan dua blok minyak yang kaya? Adakah mempelam lebih penting pada selera Rais berbanding minyak?
Kalau Menteri kita hanya Menteri Mempelam, jangan hairan satu hari Limbang dan Sabah juga akan kita serahkan.
Kedua-duanya adalah tuntutan Brunei dan Filipina sekian lama dan demi 'win-win' serantau seperti logik pemimpin kita, mudah bagi kita menyerahkan Sabah dan Limbang.
Kena 'bayarannya', semua kerja jadi.

Isu Blok L dan M : Bahagian 1
Di sini saya himpunkan Fakta yang dipetik dari Blog Dato Haji Husam Musa berkenaan Penyelewengan Barisan Nasional dalam isu Blok L dan M.
Bahagian 1 : Surat kepada Perdana Menteri
Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib
YAB Perdana Menteri Malaysia
PENYERAHAN SEMPADAN LAUT MENGANDUNGI DUA MEDAN MINYAK BLOK L DAN M KEPADA BRUNEI DARUS SALAM - POHON PENJELASAN.
Saya yakin YAB sudah mengikuti laporan media mengenai isu sempadan perairan Malaysia yang telah diserahkan kepada Brunei - seperti kenyataan akhbar bekas Perdana Menteri pada Juma'at lalu.
Bersekali dengan penyerahan sempadan laut ini, dua medan minyak yang kaya yang dulunya milik negara kita, juga dengan sendirinya menjadi milik Kerajaan Brunei.
Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.
Isu yang lebih besar dan memerlukan penjelasan awam yang segera dari Kerajaan pimpinan YAB ialah bagaimana Kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 boleh bersetuju dengan pelepasan kedaulatan Malaysia ke atas wilayah berkenaan.
Seperti disebutkan dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah 'overlapping area'. Jika ianya 'overlapping area' sebagaimana kawasan-kawasan lain seperti JDA dan CAA, mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya? Jika kawasan lain tidak kita lepaskan kedaulatannya, mengapa yang ini kita lepaskan?
Adakah Malaysia tidak yakin bahawa kita mempunyai hak ke atas kawasan perairan ini dan adakah Malaysia telah mengkaji dengan teliti bahawa tuntutan kita ke atas kawasan ini memang tidak kukuh?
Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?
Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?
Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?
2. Selepas keputusan Kabinet dibuat dan langkah menandatangani perjanjian dengan Brunei dilakukan pada 16 Mac 2009, mengapa rakyat Malaysia tidak dimaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menyerahkan perairan bersekali dengan medan minyak itu?
Mengapa tidak juga ada penjelasan Parlimen dibuat?
Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu kedudukan ini melalui kenyataan Murphy Oil kepada NYSE selepas konsensinya dibatalkan.
YAB sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskannya kepada umum sampai hari ini.
Mengapa ia harus disembunyikan jika fakta-fakta tuntutan tidak menyebelahi kita dan kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerahkan wilayah ini kepada Brunei?
Jika sebaliknya, iaitu kita sememangnya mempunyai fakta kukuh ke atas tuntutan ini dan penyerahan ini hanyalah kerana keputusan politik semata-mata, rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.
Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?
Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?
Apakah asas-asas yang dterima untuk Kabinet memutuskan sedemikian?
3. Rakyat Malaysia juga berhak untuk tahu apakah tawaran gantian kepada Murphy Oil atau sebarang ganjaran atas penamatan konsensi berkenaan?
Sehingga satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan, isu ini sungguh memilukan kami rakyat Malaysia. Pilu bukan sahaja kerana hilangnya wilayah kita dengan sebegitu mudah, malah timbul keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.
Terima kasih.
Husam Musa
2 Mei 2010.

Wednesday, 20 July 2011
BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?
BENARKAH UMNO JIJIK PADA ARAK ?
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Hampir 200 ahli UMNO berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu.
Dalam perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu, kesemua mereka turut mengutuk tindakan Exco Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan MBSA memulangkan semula 70 tin dan botol minuman keras kepada kedai serbaneka terbabit serta membenarkan penjualan minuman tersebut kepada penduduk di situ yang majoritinya adalah penganut Islam.
Kesemua penyokong Umno tersebut turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.
"Kami mengutuk tindakan Ronnie menghalang dan memaksa MBSA memulangkan semula arak berkenaan selain mengatakan bir bukan minuman keras adalah satu kenyataan yang dangkal, bodoh serta tidak bertanggungjawab," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Shah Alam, Azhari Shaari selepas menyerahkan memorandum sokongan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md. Nor.
Tambah Azhari, kenyataan Ronnie itu juga satu bentuk penghinaan kepada umat Islam kerana arak tidak kira berapa kandungan alkoholnya adalah haram dan ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran serta difatwakan oleh Majlis Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Secara peribadi saya merasa simpati kepada saudara-saudara kita dalam Umno tersebut. Mengapa ? Saya yakin dan percaya mereka tidak tahu apa yang mereka buat . Mereka membantah hanya kerana ingin membantah dan kerana kepentingan politik yang sempit. Memandangkan isu ini melibatkan Pakatan Rakyat , Umno mengambil peluang menjaja isu ini tanpa memahami isu ini dengan betul. Inilah perangai Umno. Semasa isu babi dahulu mereka mainkan isu itu macam orang gila babi- berbuih -buih mulut mereka. Akhirnya dilaporkan ada pemimpin mereka yang terbabit dalam industri tersebut .
Jika ahli-ahli Umno tersebut membuka sedikit mata mereka nescaya mereka akan sedar sebenarnya Umnolah yang menjadi punca mengapa arak sehingga kini dibenarkan dijual di kedai-kedai serbaneka seperti 7 Eleven.
Untuk saudara-saudaraku dalam Umno perkara pertama yang kamu kena faham adalah penjualan arak atau minuman keras di kedai serbaneka adalah dibenarkan oleh Akta Eksais 1976 ( Akta 176 ). Penjualan itu juga dikawal oleh Peraturan-Peraturan Eksais ( Penjualan Liqour yang memabukkan ) 1976.Undang-undang tersebut digubal oleh Umno kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Umno dan sekutu-sekutunya.
Ya , benar dari segi hukum Islam sesuatu mimuman adalah dikira haram meskipun kandungan alkoholnya adalah sedikit misalnya 1 peratus sahaja. Dalam keadaan hukum fiqah yang sudah terang dan jelas Umno masih boleh lagi menggubal undang-undang yang bercanggah dengan hukum fiqh yang jelas itu dengan menyatakan bahawa jika kandungan minuman yang dijual di kedai serbanika yang mengandungi kandungan kurang dari 8 peratus maka ianya “tidak haram” dan dibenarkan dijual di kedai serbanika tersebut.
Atas dasar itu Umno tidak sepatutnya menyalahkan Ronnie Liu kerana Ronnie hanya merujuk kepada undang-undang yang Umno gubal sendiri – undang-undaang yang membenarkan beer dijual di kedai-kedai serbanika. Mengapakah selama ini dan sehingga sekarang ini Umno tidak pernah membuat bantahan atau berdemonstrasi menentang undang-undang yang mereka gubal tersebut. Kalau betul Umno jijik dengan arak parti tersebut sepatutnya meminta Kerajaan Pusat yang dikuasai Umno meminda undang-undang yang saya nyatakan tersebut supaya penjualan beer di kedai-kedai serbanika dapat dihentikan.
Perkara kedua yang sepatutnya Umno perlu buat jika mereka benar-benar jijik pada arak adalah mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membuat bantahan atau demonstrasi di negeri-negeri yang Umno kuasai . Sehingga kini di negeri-negeri yang Umno kuasai seperti Johor misalnya masih membenarkan minuman beralkohol seperti beer dijual dikedai-kedai serbanika seperti 7 Eleven. Mengapa kita tidak dengar bantahan oleh Umno sehingga kini. Adakah arak hanya haram di Selangor dan tidak di Johor dan negeri-negeri yang Umno perintah. Nampaknya ada “pengharaman terpilih” di sini.
Perkara ketiga jika Umno benar-benar jijik pada arak atau dalam Islam dipanggil “ummu al-khabaith ( ibu segala perkara buruk ) mengapakah Umno tidak pernah membantah tindakan Kemeneterian Dalam Negeri ( KDN ) yang membenarkan akhbar-akhbar bahasa Inggeris menyiarkan iklan-iklan arak di akhbar-akhbar tersebut.
Untuk makluman Umno , Pemuda PAS pernah menghantar memorandum bantahan kepada pihak KDN tentang hal tersebut . Semasa kami berjumpa dengan Setiausaha sulit Menteri yang bertanggungjawab beliau menyatakan kepada kami “ mengapa perlu risau iklan arak kalau kita kuat iman”. Saya menjawab kepada beliau tanda orang kuat iman adalah beliau mengharamkan apa yang Allah dan RasulNya haramkan.” Lihatlah mentaliti pemimpin Umno.
Perkara Keempat mengapa sehingga kini Umno tidak bersuara tentang hidangan arak dalam kapalterbang milik MAS. Jika Umno benar-benar peka kepada pekerja-pekerja Islam di 7 Eleven mengapa mereka tidak peka kepada nasib para pramugara dan pramugari Islam yang terpaksa menghidang arak kepada para penumpang MAS ? Dan adakah Umno sedar pembayaran Duti Eksais arak dikecualikan kepada Syarikat Air Asia X Sdn Bhd melalui Perintah Duti Eksais ( Pengecualian ) ( Pindaan ) No 2 ( 2008 ) yang diwartakan dan berkuatkuasa 1 hb Julai 2008.
Akhirnya jika Umno benar-benar jijik kepada perkara haram seperti arak dan judi mengapa sehingga kini Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan masih tidak segan silu “muntah kedarah” cukai hasil –hasil haram ini. Adakah Umno sedar di bawah Perbendaharaan sahaja ada lebih kurang 6 Akta yang berkaitan dengan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953 ( Akta 495 ), Akta Betting & Sweepstake Duties Act 1948 ( Akta 201 ), Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ( Akta 289 ), Akta Cukai Perjudian 1972 ( Akta 65 ), Akta Loteri 1952 ( Akta 288 ) dan Akta Pertaruhan Pool 1967 ( Akta 384 ).

Tuesday, 12 July 2011
8 Tuntutan BERSIH 2.0
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
- Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Subscribe to:
Posts (Atom)